Thursday, June 2, 2011

CERAMAH DAN PAMERAN TEMPAT KERJA BEBAS DADAH OLEH AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN NEGERI JOHOR

Hai,

Pada 2 Jun 2011, bermula jam 10.30 pagi,satu ceramah dan pameran yang bertempat di VS 18 telah dianjurkan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (ADK).

Banyak input yang diperolehi daripada ceramah tersebut. Antaranya, penerangan tentang jenis-jenis dadah, faktor yang mendorong pengambilan dadah,statistik penagih dadah di Malaysia,kesan dan impak pengambilan dadah. Penceramah menekankan pentingnya keprihatinan masyarakat terhadap isu dadah.

Peserta ceramah juga diberi borang keahlian Rakan Anti Dadah (RADA). Dengan penyertaan peserta sebagai RADA, mampu membantu dengan cara memberi maklumat tentang isu dadah kepada pihak berkuasa.

Selesai sesi ceramah, peserta diberi peluang untuk bertanyakan apa jua soalan berkenaan isu dadah.

Sebelum bersurai,peserta melihat pameran tentang bahaya dadah. Pegawai Agensi Anti Dadah memberi penerangan dan menunjukkan bahan-bahan yang sering digunakan oleh penagih dadah.

Kira-kira jam 12.30 tengahari, ceramah pun tamat dan majlis bersurai. Banyak input peserta perolehi.






~ Ceramah baru bermula ~


~ Staff R&D : Rizuandy,Taufik,Norish,Farah,Zaharah,Diana Ng,Patrick Goh dan YZ Koh ~









No comments:

Post a Comment